Tips Penjimatan Minyak Kereta Anda

Tips Penjimatan Pertama: Cara pemanduan

Cara pemanduan seseorang dapat memberi impak yang tinggi terhadap penggunaan minyak kereta. Dengan perbetulkan cara pemanduan, anda dapat meningkatkan kilometer perjalanan anda untuk setiap tangki minyak penuh. Terdapat beberapa cara untuk menjimatkan minyak dengan perbetulkan cara pemanduan: –

  • Memandu dengan tenang dan selamat. Pemanduan yang tenang tidak bermaksud memandu dengan sangat perlahan, ianya bermaksud memandu dengan sederhana. Tidak membrek dengan mengejut dan tidak memecut dengan pantas. (Contoh: Anda lalu di jalan yang sama, mengetahui bahawa terdapat simpang dengan lampu isyarat di hadapan. Jadi, anda tidak memecut kereta anda dengan laju kerana terdapat lampu isyarat dihadapan.)
  • Merancang perjalanan anda. Terdapat pelbagai aplikasi mobile yang boleh digunakan untuk membantu merancang perjalanan anda. Antara contohnya adalah Waze dan Google Maps. Dengan Google Maps versi Desktop, anda boleh jangka masa yang sesuai untuk bertolak, kerana anda boleh melihat jangkaan trafik masa hadapan. Ianya boleh diakses dengan klik pada butang Leave now dan pilih Depart at.
  • Menggunakan gear yang tinggi. Penggunaan gear yang tinggi bermaksud RPM enjin yang rendah. Apabila RPM rendah, enjin anda secara umumnya berjalan dengan lebih perlahan dan bermaksud geseran yang lebih rendah. Geseran enjin yang rendah juga bermaksud enjin akan berjalan dengan lebih sejuk dan juga akan menyebabkan pengurangan penggunaan tenaga elektrik (kipas radiator).
  • Tidak mengguna penghawa dingin. Terutamanya di waktu pagi dan malam dimana suhu tidak panas, ia adalah salah satu cara yang mudah untuk menjimatkan minyak. Enjin tidak perlu bekerja keras untuk menghidupkan penghawa dingin kereta. Untuk kenderaan yang dilengkapi auto start/stop, dengan tidak menggunakan penghawa dingin, ia membolehkan kenderaan untuk matikan enjin, atau mati dengan lebih lama apabila kereta sedang berhenti.

Tips Penjimatan Kedua: Penjagaan kereta

Memastikan kenderaan dalam keadaan yang optimum adalah salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan minyak kereta anda. Selain itu, ia juga dapat melanjutkan usia kereta anda dan dapat mengurangkan kerosakan yang major.

  • Minyak enjin/pelincir yang cukup dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Seperti namanya, minyak enjin/pelincir tugasnya adalah untuk melancarkan pergerakkan dalaman enjin. Ianya sangat digalakkan untuk mengikut spesifikasi yang ditetapkan kerana jika minyak enjin/pelincir tersebut terlalu nipis, ia mungkin akan menyebabkan kebocoran kerana terlalu halus. Manakala jika minyak enjin tersebut terlalu likat, ia mungkin akan membebankan enjin kerana terlalu berat.
  • Tekanan udara tayar yang mencukupi. Tekanan udara yang kurang akan menyebabkan sentuhan permukaan yang luas terhadap tayar kereta dan jalan raya. Ini akan menyebabkan geseran yang tinggi dan menyebabkan penggunaan minyak yang lebih untuk menggerakkan kenderaan. Selain dari mengurangkan penggunaan minyak, tekanan tayar yang mencukupi juga memastikan bunga tayar kereta anda haus dengan sekata.
Comments